Sunday, March 22, 2020

Hari - hari Covid Berlalu


Adakah betul, adakah tidak.
Tak kan lah ia se serius itu...
Akan ku cari jalan, itu periuk nasi ku.

Hari - hari Covid berlalu,
hari demi hari kerja tertangguh.
Kerja padang dikuarantin, tiada lah kerja..

Kertas kerja laporan mingguan,
sebelum Covid sudah lah tertunda,
hari hantaran diulang ingat pengagih pahala..
Cari jalan, itu periuk ku.

Pernah juga cuba test,
sebelum ke padang, ke sekitar haluan,
memang ditahan memang disoal,
hendak ke mana?.. Sila turun.
Diambil peluang jalanan samseng mencari salah.
Tiada takut berilmu pengetahuan,
sekali herdik, dijelaskan Covid, dan pakai lah mask.
Bodoh!
Ditanya nya aku berhimpun tabliq
yang aku ini berseluar pendek, rambut lurus panjang, mata ripit...

Hati gundah gulana..
Esok tarikh hantar laporan..
Malamnya terpinga - pinga..
Perlu berfikir - fikir atau bersenang lenang di dalam rumah,
itu periuk nasi ku.